Opinions

What Others Say

Here are some interesting articles that have been captured from the media and internet in respect to the National Feedlot Centre programme. We hope you will find it of great interest.

=============

BAFIA perlu dipertahan sebelum krisis besarUTUSAN, 30 May 2012

=============

Rafizi’s action ‘hurt banking industry’NST, 30 May 2012

=============

Surat ini telah dihantar oleh salah seorang yang mengikuti segala berita dan cerita mengenai NFC:

Source : NFC: Satu-satunya benteng bumiputera yang kita ada

NFC: SATU-SATUNYA BENTENG BUMIPUTRA YANG KITA ADA

Saudara Pengarang,

Saya begitu kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh sahabat saya Rafizi Ramli yang mana sehingga ke hari ini tidak habis-habis beliau mendedahkan isu National Feedlot Corporation (NFCorp), syarikat yang dilantik kerajaan untuk mengurus dan membangunkan projek Pusat Fidlot Nasional.

Rafizi Ramli seorang yang begitu konsisten dengan apa yang dilakukannya. Apa tidaknya, sehingga ke hari ini beliau tidak henti-henti terus bercakap tentang RM250 Juta yang didakwanya telah diseleweng sehingga mengheret Pengerusi Eksekutif NFCorp Dato’ Seri Dr Mohamad Salleh Ismail (Salleh) ke Mahkamah atas beberapa tuduhan.

NFCorp dan Bangsa

NFCorp, satu-satunya syarikat bumiputra yang terjun dalam industri daging lembu yang mana telah sejak sekian lama dimonopoli oleh kaum bukan bumiputra. Inilah satu-satunya syarikat melayu, dalam tempoh 2 tahun penubuhannya untuk satu projek yang mengambil masa 30 tahun, telah berjaya memasuki pasaran tempatan yang mampu memberi hasil 2 bilion setahun yang telah sejak sekian lama dimonopoli oleh kaum bukan bumiputera. Selebihnya kita hanya bergantung kepada pasaran luar. Saya kecewa, bermula dari hari pertama setelah laporan Ketua Audit Negara dibuat, semenjak itu Rafizi dan sahabat-sahabat beliau yang lain seakan-akan, pada anggapan saya sudah lama merancang untuk menjatuhkan syarikat bumiputra yang sedang membangun untuk bersaing dengan syarikat bukan bumiputra dalam industri pengeluaran daging lembu. Tapi mungkin anggapan saya silap, kerana mana mungkin Rafizi, yang mempunyai status bumiputra tergamak untuk menjatuhkan bangsanya sendiri? Apatah lagi penubuhan NFCorp adalah untuk membantu golongan bumiputra melalui pelbagai program yang telah direncana. NFCorp juga merupakan pemangkin kepada pengeluaran daging halal (Halal beef) yang menekankan soal kebersihan dan prosedur penyembelihan. Apakah Rafizi Ramli tergamak untuk mengorbankan bangsanya dan agamanya sendiri?. Tidak mungkin Rafizi di upah oleh siapa-siapa untuk mencipta segala spekulasi ini dengan harapan agar NFCorp jatuh tersungkur dibumi sendiri.

Saudara Pengarang,

Saya melihat isu NFC ini dalam konteks yang berbeza. Mungkin ada yang kata tulisan ini begitu konservatif. Konservatif kerana saya tidak letakkan tulisan ini dalam bentuk kepartisan seperti yang banyak saya lihat dada-dada akhbar. Tapi tulisan saya ini hanyalah dari pandangan rakyat marhain yang sentiasa mengiyakan apa sahaja yang direncana oleh pemerintah asalkan kebajikan rakyat terbela, Negara aman damai, pemimpin yang mulia, dan juga bangsa yang berfikiran kelas pertama, yang berani dengan jiwa yang kompetitif!

NFCorp, budak sekolah dan diam-diam sang lembu

Saya melihat NFCorp bagaikan si budak sekolah baru darjah satu berpindah disekolah yang baru. Jiwanya cukup kental untuk berdepan dengan pelbagai ragam di sekolah yang cukup besar dari pandanganya. Dengan wajah yang “bersahaja” dia masuk ke dalam kelas dan lihat ramai pelajar-pelajar yang juga pesaingnya jeling-jeling, pandang-pandang ke arahnya. Hari-hari di ejek, hari-hari dipinggirkan, hari-hari diganggu. Dia hanya diam membisu. Bukan takut, cuma dia tidak biasa dan tidak tahu untuk memberi sebarang riaksi terhadap apa yang berlaku.

Kedatangan budak baru disekolah tersebut bukan untuk menggangu sesiapa, tetapi hadirnya disekolah itu adalah sebagai kawan baru yang akan menjadi pesaing kepada kawan-kawan disekolahnya. Tetapi kasihan apabila kedatangannya telah menjadi ancaman yang cukup ngeri sehingga dia difitnah, didakwa dan dituduh oleh rakan-rakan pesaingnya yang lain!. Satu persaingan yang tidak sihat.

Hari ini, NFCorp bangkit sebagai pejuang sebenar. Setelah sekian lama membisu dengan tekanan yang diberi oleh Rafizi Ramli, NFCorp tiba-tiba menjadi hangat dengan sabitan Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) keatas Rafizi Ramli dan juga sebuah bank yang terlibat dalam penyebaran maklumat akaun milik syarikat NFCorp, akaun persendirian Salleh dan juga anak-anaknya. Satu sejarah telah terbina dalam industri kewangan Negara tatkala ini merupakan kes pertama seumpamanya yang berlaku di Malaysia!

Ketaksuban Rafizi Ramli untuk menjatuhkan NFCorp telah menjerat dirinya sendiri. Agak pelik apabila seorang pengarah strategic PKR yang mempunyai pertauliahan dalam bidang kira-kira (akauntan) terlepas pandang dengan akta BAFIA. Atau apakah mungkin dek kerana obsesi beliau dalam politik telah menyebabkan beliau lupa akan kewujudan undang-undang yang boleh memungkinkan beliau diheret ke balik tirai besi!

Sebagai saudara yang kasih akan saudaranya sendiri, saya harus mengingatkan Rafizi dia harus berhati-hati dengan setiap kenyataan yang dibuatnya ke atas NFCorp selama ini. Iya, kita mungkin terpana dengan bait bicara hujahnya, kita mungkin terpana dengan segala macam bukti-bukti yang didendangkan kepada rakyat jelata, kita mungkin terpengaruh dengan segala angka kira-kira yang dibuatnya keatas NFCorp. Tetapi Rafizi Ramli perlu ingat bahawa setiap apa yang dihujahnya, setiap apa yang didendangkannya, setiap nombor yang didedahkannya – semua itu hanyalah dapatan dari pihak dia sendiri tanpa kepastian menyeluruh dari NFCorp. Saya pasti NFCorp akan terus berjuang membidas semula segala kenyataan yang dibuat Rafizi selama ini. Diam-diam NFCorp selama ini bukanlah diam-diam ubi yang hanya duduk didalam tanah dan akhirnya menjadi santapan manusia, tetapi diam-diam NFCorp adalah diam-diam seekor lembu yang bukan sekadar meragut rumput tetapi mampu memberi baja kepada tanah!

RAFIZI RAMLI DAN MALAYSIA CHRONICLE

Saya begitu simpati dengan Rafizi Ramli apabila membaca artikel terbaru beliau yang dipaparkan di Malaysia Chronicle yang bertajuk “NFC tidak menghormati undang-undang dan mengkhianati amanah rakyat”

1. Semenjak hampir 6 bulan yang lalu beliau tidak henti-henti membangkitkan isu RM250 juta. Dan lebih meruntun hati rakyat jelata adalah apabila beliau seringkali menyebut “Dato Seri Salleh dan keluarganya masih terus menggunakan dana rakyat sewenang-wenangnya”. Kenyataan ini sudah cukup untuk membangkitkan api kemarahan rakyat jelata. Siapa yang tidak marah kalau mendapati duit rakyat digunakan sewenang-wenangnya?.

Dalam artikel yang sama juga beliau menyebut tentang “Mereka juga belum menyerahkan harta mewah yang dibeli menggunakan dana RM250 Juta..”. Wahai saudaraku Rafizi, apalah yang mahu diserahkan oleh mereka lagi sehingga mereka sudahpun diheret ke kandang mahkamah atas 4 tuduhan? Apa lagi yang ingin Rafizi mahu?.

2. Rafizi juga mempersoalkan permohonan passport yang yang dibuat Salleh atas alasan untuk menunaikan Umrah. Entah macam mana Salleh boleh ke luar Negara tatkala sepanjang masa Rafizi tidak henti-henti bercakap tentang dirinya?. Berbagai-bagai perkara yang harus dilalui Salleh untuk berdepan dengan segala dakwaan tidak berasas Rafizi. Harus berdepan media, harus bertemu peguam, ke balai polis, ke sana ke mari semuanya disebabkan oleh kenyataan Rafizi yang bertali arus keatas dirinya, keluarganya dan juga NFcorp.

3. Rafizi dengan angkuhnya lagi sekali menulis tentang KL Eco City walaupun isu ini sudahpun dibawa ke Bank Negara Malaysia dan laporan polis telahpun dibuat. Kita tunggu sahaja apa keputusan diakhirnya nanti. Saya pasti, Salleh mempunyai bukti yang kukuh untuk membawa Rafizi ke kandang bersalah. Undang-undang BAFIA dan kredibiliti Polis DiRaja Malaysia akan pasti menjadi asas kepada kebenaran atau penipuan.

BUKAN SAYA DIHINA DIMATA RAKYAT.-Rafizi Ramli

Melalui artikel yang ditulis Rafizi dalam Malaysia Chronicle, saya dapat rasakan beliau benar-benar dalam keadaan gusar dek sabitan BAFIA yang dibuat NFCorp keatasnya.

Kenyataan-kenyataan beliau tidak ubah seperti mahukan belas ihsan dari rakyat untuk terus berada disampingnya. Tapi dia jangan lupa bahawa Undang-undang dan rakyat merupakan jalinan yang lebih kuat dari jalinan kemanusiaan semata-mata. Sesungguhnya, matlamat tidak pernah menghalalkan cara.

KESIMPULAN.

Sudah lama kita menunggu si lembu keluar dari kandangnya. Dan hari ini, kita sudah lihat betapa lembu yang selama ini sepi dan sekadar menurut kehendak dan tekanan sekeliling telah bangkit dan akan berjuang sehabis-habisan demi sebuah kebenaran yang tak terucap!

Yang benar,

-Penternak Ayam Kampung-

Bachok, Kelantan

=============

PKR’s load of bull

Original link : http://malaysia-today.net/archives/archives-2011/44871-pkrs-load-of-bull.

Friday, 11 November 2011 Aurora

In PKR’s original allegation, they characterised NLMC as only handling marketing, hence queried why that would require such a large sum of money. I have explained previously and once again here that NLMC’s involvement spans the entire supply chain from processing to marketing. Another allegation explained away by fact and reason.

By Khairy Jamaluddin, The Malaysian Insider

Over the past couple of days the PKR machinery has gone into overdrive to paint a picture of power abuse surrounding the National Feedlot Corporation (NFC).

I have systematically engaged, both in Parliament and through my blog, many of the accusations and insinuations. I took care to be clear and detailed about why this picture the likes of YB Saifuddin Nasution and PKR director of strategy, Rafizi Ramli, are keen to paint does not stand the test of scrutiny.

Through a comprehensive examination of the facts, each allegation has been conclusively rebutted and exposed as founded on a fatal combination of shoddy mathematics, cherry-picked figures and outright lies. I will subject Rafizi’s latest attempt to flog the dead horse to the same process below.

Something that has become terribly clear to me is that throughout this debate, Rafizi has shown himself to be disingenuous, dishonest and in the habit of shifting the goalposts the very moment he realises a line of attack is broken down. Let me explain why.

First, he alleged that NFC was given 5,000 acres of land in Gemas, Negeri Sembilan, for free. As I have stated, this is categorically false — NFC was only offered 1,500 acres on lease by the Negeri Sembilan Menteri Besar Incorporated.

Two major errors: On the acreage of the land in question and the fact that it is on lease, not handed out for free. You will notice that he makes no mention of this in his Malaysiakini piece on November 10, although there is still the November 1 blog entry with the words “1 lembu = 5 ekar”. Great math.

Secondly, he was also absolutely caught out on the allegation that — and I quote him here — “the (NFC) beef is only being supplied to luxurious restaurant chains owned by Shahrizat’s family called Meatworks, Senor Santos and Brawns in Singapore”. More about where NFC beef is supplied to later. But for the moment, I reiterate what I have said repeatedly: NFC simply could not have supplied meat to Senor Santos and Brawns because the Singapore government prohibits the import of raw beef from Peninsular Malaysia due to fear of foot and mouth disease.

When I directed this to his attention on Twitter, Rafizi, perhaps excitably, sought to correct me by posting a link to the Singaporean Agri-food and Veterinary Authority website purportedly showing that Malaysia is amongst the countries approved to export beef to the Republic.

What he failed to do — and I suspect this was more out of incompetence more than anything else — was to scroll down to the footnote on the list, which clearly shows that Malaysia may only export processed, and not raw meat, which relates to NFC. Again, you will not see this allegation in his more recent remarks.

Incidentally, in his desperation he did try to deny ever saying NFC sold beef to the restaurants in Singapore. (This was his tweet on November 8: “I nvr said NFC sold its raw meat 2 Senor Santos/Brawn in Singapore”). You would’ve thought a Strategy Director knows that direct quotes are quite easily searchable on the Internet. He was unceremoniously exposed as a liar within minutes. That jig, too, was up.

He then quickly shifted to the question of the RM250 million government loan to NFC. On this matter, he was wrong to say that all RM250 million had been spent or disbursed; to date, the total drawdown available for use by NFC is RM181 million, consistent with the reply given by the prime minister, the minister of Agriculture and Agro-based Industries, and verified by the Auditor-General’s report.

The remainder of the loan is still in the Special Loan Account (SLA) in which the loan was placed initially or put into fix deposit instruments in order to gain returns while waiting for further operational drawdowns from NFC. I have written about this process extensively on my blog.

Rafizi then tried to kick up a storm over the disbursement of the RM81.2 million to a related company of NFC, the National Livestock & Meat Corporation Sdn Bhd (NLMC). But there is no fuss to be made. Such disbursements are reasonable, considering that NLMC is tasked to operate the abattoir, develop the supply chain and market for NFC’s products, as well as purchase cattle from satellite farms. This ties in with the feedlot project’s broad overall goals, spanning from infrastructure, processing to distribution and marketing.

In PKR’s original allegation, they characterised NLMC as only handling marketing, hence queried why that would require such a large sum of money. I have explained previously and once again here that NLMC’s involvement spans the entire supply chain from processing to marketing. Another allegation explained away by fact and reason.

Shifting his sights to another NFC sister company, the Real Food Company (RFC), Rafizi questioned why RFC was given pricing discounts totalling RM3 million — insidiously employing the term “subsidy” for a particular effect.

I provided a straightforward explanation for that discount in my earlier blog entry. RFC is the sole distributor of NFC meat; the discount allowed the final product to be sold to wholesalers, wet markets and hypermarkets at competitive prices, which most will recognise as a fairly common aspect of any market entry strategy — the discount was not given to engineer a larger profit margin for RFC but rather passed through to retailers and consumers. When demand is established and economies of scale attained, prices can be normalised. And in any case, is it not the consumers who ultimately benefits through that discount? Where’s the beef?

But of course, Rafizi only banged on this just so he could link it to his earlier remark about NFC supplying only to luxurious restaurants owned by the minister’s family. In his recent article, he wrote, “NFC was entitled to subsidise the operations of Meatworks through a scheme that cost taxpayers nearly RM3 million in 2009”. (Note again the conspicuous absence of the two restaurants in Singapore after being exposed on that allegation).

This is another lie, because alongside the likes of Carrefour, Giant and numerous wet markets, NFC beef is also supplied to restaurants like Jake’s Charbroil Steak, Tony Roma’s, Dome Café, Smokin Salma and Jarrod & Rawlins — all of which enjoy the benefits of the discount as Meatworks does.

Sure, these are up-market establishments, but premium meat accounts for only five percent of a cow carcass anyway. Most of the rest of the cow are sold in hypermarkets and wet markets and also enjoy this discount that Rafizi so desperately wants to link only to Meatworks. So this talk of “a subsidy for the elites who have expensive taste buds” is absolute nonsense on multiple levels.

Having been proven wrong on every single point despite jumping around from one baseless accusation to another, Rafizi’s final throw of the dice was to press on over this same issue of disbursements and discounts, but without at all challenging the reasons I offered.

Running out of arguments that he can cook up, he accused me of saying that the SLA was an “escrow account but not an escrow account” — even managing to slip in a comment about how he “had spent many years as a chartered accountant and an auditor”.

I’m not too sure how much good those years did him in terms of understanding the simplest of analogies — we already know from above they didn’t help much in building meticulousness or attention to detail.

I never said the SLA was an escrow account — it is what it is, a Special Loan Account; not an escrow account. In my press conference on November 9, I merely drew a comparison to an escrow account to illustrate the strict processes involved in any drawdown from the SLA, which requires approval from several parties, in this case both the Ministry of Agriculture and the Ministry of Finance.

Sure, there is no independent third party disbursing money as per an escrow account, but the principle I was establishing is that monies in the SLA cannot be freely accessed by NFC without the approval of two government ministries. Surely that reference to the principles of trust and accountability also found in an escrow arrangement is not too difficult to comprehend?

Despite his lies, deceit and incompetence, Rafizi is right about one thing: “It’s not about the cows”. It is about his and PKR’s politicisation of the NFC issue, simply because it is linked to a minister’s family.

Make no bones about it, I fully expect the opposition to play a role in pursuing the truth, especially when there is suspicion of wrongdoing. But once facts are provided that do not support that suspicion, the honourable thing is not to demand for the minister’s resignation, but to accept that you are wrong and move on.

By the way, Rafizi closed his latest article by saying that this debate “is not about technicalities”. I disagree. In many ways, it is precisely about technicalities, details and facts — only through rigorous examination and reasoned argument can one decide whether to make the charge of abuse of power. But perhaps you can tell that someone is out of his depth when he relents — no longer wanting to engage you on facts and details, appealing instead to unsubstantiated sentiment.

p.s. You’re probably wondering where the explanation for the condominium purchase is since that’s the latest salvo from PKR. Admittedly it’s a great issue to spin. It is easily distilled to a sensational punch line: “Feedlot uses government money to buy luxury condo”. People who are prejudiced will be attracted to PKR’s cheap shot without wanting to hear an explanation.

Anyway, the explanation is provided for below. It is in Bahasa Malaysia and separate from my reply to Rafizi above for reasons of consistency. Rafizi’s last article, which the above is a response to, first appeared in English and did not refer to the apartment purchase. Hence my reply above is in English and excludes an explanation for that.

The apartment purchase was raised by YB Saifuddin Nasution in a press conference at Parliament yesterday. So, to be consistent, I have responded to that in Bahasa Malaysia as below.

* Khairy Jamaluddin is Umno Youth chief and the MP for Rembau

Malay Translation

Isu apartmen dan projek NFC

PKR sekali lagi telah membuat tuduhan tidak berasas untuk memesong rakyat berhubung isu National Feedlot Corporation (NFC). Semalam mereka cuba memesongkan rakyat dengan tuduhan penyelewangan dana bagi membeli apartment One Menerung, Bangsar yang dikatakan hak milik keluarga Menteri Keluarga, Wanita dan Masyarakat. Perkara ini mudah disensasikan kerana jika dilihat sepintas lalu pasti ramai akan tanya apa kaitan projek NFC dengan pelaburan hartanah?

PKR mungkin rasa teruja dengan hujah mereka tapi saya ingin tegaskan bahawa tuduhan tersebut jauh terpesong, bak jauh panggang dari api.

Mengikut kajian saya, memang benar National Livestock & Meat Corporation (NLMC) telah membeli apartment One Menerung di Bangsar. Pelaburan ini dibuat dengan dana yang telah disalurkan kepada NFC dari akaun pinjaman khas (SLA) yang dikawal selia oleh Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Daripada sumber ini, NFC telah memindah sebanyak RM81.2 juta kepada NLMC.

Antara tugas dan skop kerja NLMC ialah proses operasi penyembelihan, boning atau proses pengasingan daging dan tulang, pembungkusan serta penghantaran disamping berperanan membeli hasil daripada ladang-ladang satelit apabila ladang-ladang ini beroperasi.

Dalam tuduhan asal, PKR sebut NLMC ini cuma membuat kerja pemasaran bagi NFC. Jelas disini tuduhan itu tidak berasas memandangkan skop menyeluruh yang diberi kepada NLMC yang memerlukan perbelanjaan operasi yang besar. Sebab itu, NLMC diperuntukkan RM81.2 juta untuk menampung kos operasi.

Malangnya, projek NFC telah mengalami kelewatan operasi. Kelewatan operasi ini tidak disebabkan oleh pengurusan NFC. Antara sebab kelewatan ini sepertimana dijelaskan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Parlimen pada 8 November ialah Kerajaan tidak ada peruntukan yang mencukupi untuk membangunkan ladang-ladang satelit.

Apabila ladang-ladang ini tidak dibangunkan sebahagian dari duit yang ada pada NLMC tidak dibelanjakan. Kerajaan juga masih tidak dapat membina pusat penyembelihan yang menepati piawai antarabangsa atau Export Quality Abattoir (EQA) sepertimana perjanjiannya dengan NFC.

Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan EQA dibangunkan atau mereka melabur duit itu dan mendapat pulangan sambil menunggu masalah kelewatan operasi tersebut diatasi?

Kalau dibiar sahaja duit itu dalam akaun semasa, bukan sekadar ia tidak membawa pulangan tetapi dengan iklim ekonomi dunia yang melihat fenomena inflasi atau kenaikkan harga barang, nilai sebenar duit ini mungkin terhakis.

Sebagai contoh mudah, kalau NLMC membeli lembu dari ladang-ladang satelit hari ini, kosnya mungkin lebih murah dari pembelian yang dibuat tahun depan disebabkan kenaikkan harga barang dan komoditi. Jadi apabila semua ini tidak dapat dibeli dan ditangguhkan, sudah menjadi tugas pengurusan untuk memikirkan apa mereka nak buat dengan duit tunai yang ada dalam akaun semasa itu.

Pihak pengurusan telah membuat keputusan bahawa pelaburan yang paling selamat, yang memberi pulangan yang besar, yang boleh dijual apabila duit diperlukan untuk operasi adalah aset hartanah. Sudah pasti mereka telah mencari projek perumahan yang berkualiti tinggi dan popular agar pulangan NLMC dalam bentuk sewa dan juga kenaikkan harga apartment itu lebih besar dari pelaburan lain seperti akaun simpanan tetap. Difahamkan, apartmen berkenaan telahpun disewa dan mula memberi pulangan kepada NLMC. Nilai apartmen tersebut juga telah naik sejak dibeli NLMC.

Mungkin ada yang bertanya, kenapa duit dari SLA yang dikawal selia oleh kerajaan disalurkan kepada NFC sekiranya ada kelewatan operasi? Harus diingat, projek ini dimulakan dalam iklim ekonomi dunia yang tidak menentu. Krisis kewangan dunia telah memberi kesan kepada perbelajaan kerajaan yang disusun semula mengikut keutamaan rakyat.

Saya yakin kerajaan telah meluluskan pengunaan pinjaman dari SLA kepada NFC mengikut perancangan awal tanpa apa-apa kelewatan kepada operasi NFC. Tetapi apabila keadaan ekonomi dunia dan negara menjadi lebih mencabar, adalah menjadi wajar untuk kerajaan menyusun semula keutamaan perbelanjaannya dan inilah yang menyebabkan kelewatan operasi NFC seperti dijelaskan di atas.

Saya rasa walaupun penjelasan diatas amat logik dan munasabah khususnya dari sudut perniagaan di mana pelaburan dibuat sambil menunggu kelewatan projek yang disebabkan faktor di luar kawalan NFC dan NLMC, PKR akan tetap mempolitikkan isu ini dan tidak akan menerima penerangan yang diberi.

Tetapi walau apa pun tohmahan palsu yang diberi oleh PKR, kebenaran alam kes ini sudah terang lagi bersuluh bagi mereka yang tidak prejudis. Dalam kes apartmen One Menerung, pengurusan NFC dan NLMC telah membuat keputusan untuk melabur duit yang masih tidak dapat diguna disebabkan kelewatan operasi supaya mendapat pulangan.

Hujahnya mudah dan jelas.

=============

Court case puts paid to NFCorp ‘tell all’

Malay Mail – 14 March 2012

=============

Give beef a chance to meet national goals

Malay Mail – 22 February 2012

Download PDF (5mb) > HERE

=============

Media Statement by Auditor General regarding Nasional Feedlot Centre (NFC)

25 January 2012

Source : http://www.audit.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=104%3Akenyataan-akhbar&catid=11%3Amedia&Itemid=108&lang=ms
Download A-G's Media Statement here (right click & save): http://www.audit.gov.my/images/stories/pdf/media/kenyataan_akhbar/bm/press%20release%20oleh%20kan%2025%201%202012%20-%20nfc_final.pdf

=============

Must we eat low-class counterfeit beef?

Malay Mail – 27 February 2012

Download scanned copy here : http://nfcorp.com.my/wp-content/uploads/2012/02/NFCorp-MMlte27Feb2012.pdf

=============

Kisah daging kerbau

Utusan Online – 18 July 2010

Source : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm&arc=hive